
Apa itu Rumah Idaman Selangor?
Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah merupakan Rumah Selangorku yang telah dinaiktaraf dengan spesifikasi dan kelengkapan dalaman kediaman seperti jubin, perabot dan sebagainya untuk ditawarkan kepada golongan B40 dan M40 yang belum memiliki kediaman.
Syarat Kelayakan Untuk Rumah Idaman Selangor
Syarat kelayakan dan kriteria pemilikan Rumah Idaman Rakyat Selangor adalah berdasarkan kepada syarat Rumah Selangorku seperti berikut :
- Warganegara Malaysia;
- Berumur 18 tahun dan ke atas;
- Pendapatan isi rumah tidak melebihi sehingga RM10,000 sebulan.
- Pemohon dan pasangan tidak mempunyai sebarang jenis rumah kediaman di Selangor.
- Pemohon atau pasangan yang telah memiliki rumah kos rendah (Jenis A) selama lima (5) tahun ke atas boleh memohon Rumah Selangorku Jenis B, C dan D dengan syarat mengemukakan surat permohonan bersekali dengan salinan Perjanjian Jual-Beli.
- Permohonan pindah milik hanya dibenarkan selepas 5 tahun dengan kebenaran Pihak Berkuasa Negeri;
- Pemohon perlu berdaftar di atas talian laman sesawang Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS)
Lokasi
Terdapat 6 buah projek di beberapa lokasi strategik dan yang sedang pesat membangun iaitu;
- Bandar Saujana Putra
- Cybersouth Sepang
- Pulau Meranti
- Puncak Alam
- Shah Alam
- Cybersouth
Tidak kira di mana lokasi rumah Idaman anda, kerajaan negeri telah memastikan yang ia mudah diakses melalui lebuhraya utama dan dilengkapi pelbagai kemudahan berdekatan seperti;
- Hospital
- Sekolah
- Universiti
- Kemudahan pengangkutan awam
- Pusat membeli belah dan pasaraya besar
- Dan lain-lain
Harga Rumah
Rumah Idaman Selangor di tawarkan pada harga mampu milik iaitu RM250,000
Kemudahan dan Kelengkapan
Setiap unit Rumah Idaman Selangor mempunyai tiga bilik dan dua bilik air, berukuran lebih kurang 1,000 kaki persegi bersama dua parkir kenderaan.
Ia turut disertakan dengan kelengkapan berikut;
- 1 unit televisyen beserta kabinet televisyen
- 1 unit peti sejuk
- Sebuah kabinet dapur
- 3 unit penyaman udara
- 2 unit pemanas air dalam setiap bilik air
- 3 buah almari pakaian disetiap bilik tidur





