Weh, ada lubang projek baik lagi untuk korang yang tengah ushar rumah pertama area Shah Alam dan Puncak Alam! Kali ni admin nak share satu projek low-rise apartment yang sangat berbaloi untuk korang rebut. Projek Residensi Pinang merupakan skim perumahan di bawah skim Rumah Selangorku (RSKU) Kategori Type D yang terletak dalam perbandaran matang Bandar Hillpark, Shah Alam North.
Dengan harga flat rate RM260,000 sahaja, korang boleh dapat unit bersaiz mega 956 kaki persegi lengkap dengan 3 bilik tidur dan 2 unit parking berteduh. Ini memang tawaran paling rare sebab kebanyakkan rumah mampu milik kos rendah cuma bagi 1 parking je!
Konsep Low-Rise & Low-Density Yang Sangat Selesa
Satu perkara yang admin paling suka pasal projek Residensi Pinang ni adalah density dia yang sangat rendah. Korang tak payah pening kepala nak bersesak dengan ribuan jiran macam kondo tinggi-tinggi kat tengah bandar KL tu.
Berikut adalah info ringkas komponen bangunan projek ni:
- Ketinggian: Apartment low-rise setinggi 3 tingkat sahaja (tiada lif, jadi sangat jimat yuran penyelenggaraan jangka masa panjang!).
- Jumlah Blok: 9 blok kediaman (Blok A hingga Blok I).
- Jumlah Unit: Hanya 177 unit sahaja untuk keseluruhan projek! Memang tenang giler komuniti kat sini.
- Status Jualan: Blok A (12 unit) dikhaskan untuk agensi Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS). Manakala Blok B hingga Blok I (165 unit) dibuka sepenuhnya untuk jualan kepada orang awam yang layak.

Spesifikasi Rumah & Susun Atur (Layout)
Dari segi susun atur, korang akan dapat reka bentuk rumah yang sangat praktikal dan selesa untuk seisi keluarga:
- Keluasan: 956 kaki persegi (kps).
- Bilik: 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air.
- Ruang Tambahan: Ruang tamu yang luas, dapur kering, serta ruang basuhan (yard/ruang cucian) yang berasingan.
- Ketinggian Siling: Anggaran 3,050 mm (siling tinggi membuatkan rumah rasa lebih sejuk dan luas).
- Aksesori Unit: Setiap pembeli akan mendapat 2 petak parking kereta (1 berbumbung/covered + 1 terbuka/open).

Yuran penyelenggaraan (maintenance fee) dan sinking fund dianggarkan sekitar RM253 hingga RM259 sebulan beserta tambahan 10% sinking fund. Nilai ni sangat berbaloi memandangkan fasiliti yang disediakan lengkap di ground level.
Lokasi Hillpark @ Shah Alam North Yang Cukup Strategik
Sebut pasal lokasi, Bandar Hillpark memang dah terkenal sebagai kawasan perbandaran yang pesat membangun, dikelilingi alam semula jadi yang hijau dan akses jalan raya yang matang. Projek Residensi Pinang ni terletak sangat hampir dengan pelbagai kemudahan utama:
- Institusi Pendidikan: Terletak betul-betul bersebelahan dengan UiTM Kampus Puncak Alam, SK Pristana, SK Saujana Utama, dan SMK Saujana Utama. Memang port sesuai untuk korang yang ada anak bersekolah.
- Pusat Beli-Belah: Nak shopping barang dapur tak ada hal sebab dekat sangat dengan Lotus’s (Tesco) Puncak Alam, Econsave, Jaya Grocer, Elmina Lakeside Mall, dan Dragon Fly Park Eco Grandeur.
- Sistem Lebuhraya: Sangat mudah diakses menggunakan lebuhraya utama seperti DASH Highway, GCE (Guthrie Corridor Expressway), LATAR, NKVE, DUKE, dan WCE.

Kemudahan Fasiliti Di Aras Bawah
Walaupun ini adalah projek Rumah Selangorku, pihak pemaju iaitu Hillpark Resources Sdn Bhd (anak syarikat MKH Berhad) tetap menyediakan pelbagai kemudahan riadah yang mantap di tingkat bawah (ground floor):
- Surau yang selesa
- Dewan Serbaguna (Multipurpose Hall)
- Taman Permainan Kanak-kanak yang luas (anggaran 1,991 kaki persegi)
- Trek Joging & Laluan Pejalan Kaki (anggaran 2,475 kaki persegi)
- Gelanggang Badminton & Sepak Takraw
- Pejabat Pengurusan & Pos Pengawal Keselamatan 24 Jam
- EV car charging bay (untuk korang yang pakai kereta elektrik!)
Syarat Kelayakan Memohon Rumah Selangorku (RSKU)
Memandangkan skim perumahan mampu milik ni mendapat subsidi daripada kerajaan negeri Selangor, korang wajib penuhi syarat kelayakan LPHS di bawah:
- Pemohon dan pasangan mestilah warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas.
- Had pendapatan isi rumah (suami + isteri) tidak melebihi RM14,500 sebulan bagi kategori Jenis D.
- Pemohon (atau pasangan) belum memiliki sebarang rumah kediaman sama ada melalui projek kerajaan atau swasta di negeri Selangor.
- Moratorium 5 Tahun: Rumah ini tidak dibenarkan untuk dijual, dipindah milik, atau dipajak dalam tempoh 5 tahun daripada tarikh Perjanjian Jual Beli (SPA) ditandatangani melainkan mendapat kebenaran khas Kerajaan Negeri.
- Tempoh pendaftaran dalam sistem LPHS adalah sah selama 2 tahun sahaja. Selepas tempoh tersebut, pemohon dalam senarai menunggu perlu mendaftar semula sekiranya masih berminat.
Korang boleh rujuk panduan Cara Mohon Rumah Selangorku Online Mudah untuk semak cara pendaftaran langkah-demi-langkah.
Proses & Cara Booking Unit Residensi Pinang
Prosedur pembelian unit adalah berbeza mengikut tingkat rumah yang korang pilih:
- Tingkat Bawah (Ground Floor):
- Daftar pembeli dengan pihak LPHS & hantar permohonan pinjaman bank (Processing).
- Selepas pinjaman diluluskan, tandatangan Letter of Offer (LO) daripada bank.
- Dapatkan Surat Penawaran rasmi daripada LPHS.
- Pilih dan kunci unit pilihan korang (Select Unit).
- Selesaikan tandatangan SPA, dokumen LA, dan bayar booking fee RM500 kepada pemaju.
- Tingkat 1 & Tingkat 2:
- Hantar permohonan pinjaman bank & daftar pembeli dengan pihak LPHS.
- Dapatkan Surat Penawaran rasmi daripada LPHS.
- Pilih dan kunci unit kegemaran korang.
- Selepas pinjaman bank lulus, tandatangan Letter of Offer (LO).
- Selesaikan tandatangan SPA, dokumen LA, dan bayar booking fee RM500 kepada pemaju.
Pakej Insentif Menarik Dari Pemaju (Hillpark Resources)
Satu lagi sebab kenapa korang kena grab unit ni cepat-cepat adalah disebabkan pakej jualan yang sangat mesra pembeli:
- Booking fee cuma RM500 sahaja! (Bayar selepas SPA pertama ditandatangani & dicop).
- PERCUMA yuran guaman untuk dokumen SPA (Free SPA Legal Fees & Disbursement).
- Skim Rumah Pertama LPHS: PERCUMA yuran penyelenggaraan (maintenance charges) selama 24 bulan bermula dari tarikh pemilikan kosong (VP) ditandatangani (tidak termasuk sinking fund & insurans bangunan).
- PERCUMA duti setem MOT (stamping & pendaftaran) untuk pembeli rumah pertama yang layak.
Tarikh jangkaan siap sepenuhnya (target completion date) bagi Fasa 1 adalah pada Suku Pertama 2028 (Q1 2028), iaitu dalam tempoh 36 bulan selepas tarikh SPA pertama ditandatangani. Sekarang ni status progress pembinaan dah pun mencecah 41%! Memang rancak berjalan.
Jangan lepaskan peluang keemasan ni, gais! Lokasi cun, 2 parking kereta berteduh, density rendah, memang berbaloi habis untuk dijadikan aset pertama korang sekeluarga.
Sila daftar permohonan korang sekarang secara rasmi di portal ehartanah LPHS. Hubungi kami segera sekiranya korang perlukan bantuan lanjut ejen jualan untuk semak dokumen kelayakan korang secara percuma!


