Weh, port baik dah sampai lagi! Kalau korang tengah gigih cari rumah pertama yang dekat dengan KL, harga mampu milik, tapi nak fasiliti ala-ala kondo mewah, korang kena tengok projek Residensi Aman Madani ni. Walaupun admin post kat web Rumah Selangorku ni, tapi projek ni sebenarnya adalah projek di bawah inisiatif Residensi Wilayah (dulu orang panggil RUMAWIP) di bawah Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP). Memang berbaloi-baloi untuk korang yang kerja kat area KL!
Projek ni terletak betul-betul kat lokasi matang iaitu Bandar Sri Permaisuri, Kuala Lumpur. Bayangkan dengan bajet RM300k flat rate, korang boleh dapat unit saiz 900 kaki persegi lengkap dengan balkoni. Jom kita tengok apa yang gempak sangat pasal projek ni.

Apa Yang Padu Sangat Pasal Residensi Aman Madani?
Projek Residensi Aman Madani ni dibangunkan oleh pemaju terkenal, Danau Lumayan Sdn Bhd dengan kerjasama kontraktor Lumayan Metro Sdn Bhd (anak syarikat Pesona Metro Holdings Berhad). Jadi dari segi kredibiliti pembinaan, korang memang tak usah risau sangat, memang nama besar dalam industri.
Projek fasa pertama ni merangkumi 2 buah blok kediaman berketinggian tinggi dengan jumlah keseluruhan 2,516 unit:
- Blok A (Phase 2B): Setinggi 55 tingkat (1,254 unit) – ada 26 unit setiap tingkat.
- Blok B (Phase 2A): Setinggi 50 tingkat (1,262 unit) – ada 30 unit setiap tingkat.
Paling best, reka bentuk bangunan dia adalah jenis “Y-Shape”. Kelebihan rekaan ni adalah korang akan dapat pengudaraan semula jadi yang mantap, cahaya matahari yang cukup, koridor yang lebih pendek, dan view luar yang tak menghadap unit jiran secara direct. Privasi korang memang terjaga giler!
Spesifikasi Rumah & Susun Atur (Layout)
Untuk projek ni, tak payah pening kepala nak pilih saiz sebab dia ada satu jenis layout sahaja yang memang praktikal untuk keluarga muda:
- Keluasan: 900 kaki persegi (sf).
- Susun atur: 3 Bilik Tidur & 2 Bilik Air.
- Balkoni: Ada! (Boleh la layan angin petang-petang).
- Yard: Tiada (tapi ruang dapur dan balkoni dia dah cukup luas untuk urusan basuh baju).
- Carpark: Setiap unit didatangkan dengan 1 petak parking berbumbung secara percuma.
Bagi korang yang tertanya-tanya pasal maintenance fee, kadar anggaran adalah sekitar RM252 sebulan (RM0.28 per sqft termasuk sinking fund). Nilai ni amat berpatutan kalau nak dibandingkan dengan fasiliti yang disediakan.
Kemudahan Fasiliti Ala Kondo Mewah di Aras 8
Walaupun harga rumah cuma RM300,000, pemaju tak kedekut langsung bab fasiliti. Majoriti kemudahan diletakkan di Aras 8 untuk korang bersantai petang-petang:
- Kolam Renang (Swimming Pool) & Wading Pool
- Gymnasium Moden & Kawasan Fitness Luar (Outdoor Gym)
- Taman Landskap & Padang Terbuka
- Kawasan BBQ & Dek Teres
- Taman Permainan Kanak-kanak
- Multipurpose Hall & Bilik Permainan Indoor
- Reading Room / Ruang Co-Working
- Surau, Bilik Jenazah & Taska
- Dobi, Kedai Runcit & Ruang Penjaja (6 unit kedai disediakan)
Sistem keselamatan pula menggunakan 2-Tier Security di pos pengawal (guardhouse) dan lobi lif, lengkap dengan pemantauan CCTV dan sistem kad akses kenderaan.
Lokasi Bandar Sri Permaisuri Yang Cukup Matang
Sebut je Bandar Sri Permaisuri, orang KL mesti tahu kawasan ni memang dah super matang. Nak cari makan ke, nak pergi hospital ke, semua dekat giler.
- Hospital: HUKM (Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM) terletak sangat hampir.
- Pengangkutan Awam: Sangat dekat dengan stesen LRT Salak Selatan dan LRT Bandar Tun Razak. Paling gempak, lokasi projek ni cuma kurang 500 meter dari cadangan stesen MRT3 Sri Permaisuri!
- Sekolah Terdekat: SK Seri Permaisuri, SMK Seri Permaisuri, SMK Cheras, SM Teknik KL, dan banyak lagi. Anak korang tak payah travel jauh untuk pergi sekolah.
- Riadah: Bersebelahan dengan Taman Tasik Permaisuri untuk aktiviti jogging hujung minggu.
Siapa Yang Layak Mohon Residensi Aman Madani?
Memandangkan ini adalah skim perumahan mampu milik Residensi Wilayah (RUMAWIP), korang kena penuhi syarat kelayakan ketat yang ditetapkan oleh pihak JWP:
- Mestilah Warganegara Malaysia berumur 21 tahun ke atas.
- Merupakan pembeli rumah pertama di Wilayah Persekutuan.
- Korang mestilah sama ada bekerja, tinggal, menetap, atau dilahirkan di Wilayah Persekutuan (Kuala Lumpur, Putrajaya, atau Labuan).
- Had pendapatan bulanan: Kasar tidak melebihi RM10,000 sebulan untuk pemohon individu, ATAU tidak melebihi RM15,000 sebulan untuk pemohon berkahwin (suami isteri).
- Moratorium 10 Tahun: Rumah ni tak dibenarkan untuk dijual atau dipindah milik kepada orang lain dalam tempoh 10 tahun dari tarikh SPA ditandatangani.
Senarai Dokumen Penting Yang Korang Kena Sedia
Kalau korang dah confirm layak, pastikan korang prepare awal-awal dokumen ni supaya urusan permohonan korang lancar:
- Salinan IC Pemohon
- Surat Akuan Sumpah (Oath Declaration)
- Salinan IC Pasangan / Joint Applicant (jika berkenaan)
- Sijil Nikah / Sijil berkaitan (jika berkenaan)
- Penyata Gaji terkini (atau Penyata Bank 3 bulan terkini)
- Penyata Gaji / Penyata Bank untuk pasangan / joint applicant
- Bil Elektrik / Bil Air kediaman semasa
- Surat Pengesahan Majikan (Employer’s Confirmation Letter)
- Kad OKU (jika berkenaan)
- Borang Permohonan yang lengkap
Daftar Segera Sebelum Unit Habis Disambar Orang!
Sasaran tarikh untuk menandatangani Perjanjian Jual Beli (SPA) adalah pada Suku Pertama 2026 (1Q2026) dengan jangkaan siap sepenuhnya dalam tempoh 48 bulan selepas itu (anggaran siap sekitar tahun 2029 – 2030). Sekarang ni status pembinaan dah selesai fasa piling (pancang tiang) untuk kedua-dua Blok A & B. Memang on-track!
Jangan tunggu lama-lama, bro. Unit kondo matang tepi MRT dengan harga RM300k macam ni memang cepat giler kena sambar.
Berminat nak dibantu oleh ejen jualan rasmi untuk semak kelayakan atau booking unit terbaik? Sila klik butang di bawah untuk whatsapp kami sekarang!
Anda boleh jugak check Cara Mohon Rumah Selangorku Online Mudah.



