Rumah Bandar Townhouse Di Selangor

Townhouse yang juga dikenali sebagai rumah bandar adalah sejenis rumah yang dari luar kelihatan seperti sebuah rumah teres biasa.

Rumah ini biasanya dibina dengan dua tingkat di mana tingkat atas dan bawah mempunyai dua pemilik yang berbeza.

Selain rumah dua tingkat, rumah townhouse juga ada yang empat tingkat di mana setiap rumah dan pemilik mempunyai dua tingkat mereka yang sendiri.

Semakin banyak tingkat sesebuah townhouse itu, semakin kecillah ruang pada setiap tingkat. Sekarang mari kita beralih pula kepada ciri ciri sebuah townhouse.

rumah bandar townhouse

Setiap rumah mempunyai pintu yang berbeza, jadi tidak akan timbul masalah privasi di antara dua pemilik. Selain itu, kebiasaannya rumah di tingkat atas juga akan disertakan dengan balkoni.

Sesetengah rumah bandar townhouse mewah juga mempunyai lif untuk ke tingkat atas. Ada juga yang menyediakan tangga yang berlainan untuk setiap rumah.

Parkir kereta juga biasanya sama seperti parkir rumah teres biasa. Namun ada juga sesetengah kawasan yang menyediakan tempat parking tandem.

Kebiasaannya, jenis rumah bandar townhouse di Malaysia dibina di kawasan berpagar, menjadikan kawasan parkir agak kecil dan terhad bagi setiap pemilik.

Bagi isu hakmilik tanah untuk jenis rumah ini pula, kebiasaannya ia adalah strata title. Ini bermakna ia merupakan harta bersama dan tidak boleh melakukan pengubahsuaian sesuka hati.

Jika masih ingin melakukan kerja pengubahsuaian, adalah lebih baik untuk mendapatkan nasihat daripada pemaju terlebih dahulu.

Dari sudut harga pula, biasanya rumah bandar townhouse adalah lebih murah berbanding rumah teres. Ini menjadikan ia sesuai bagi mereka yang inginkan rumah landed pada harga lebih rendah.

Rumah jenis ini juga sesuai bagi keluarga yang sudah berkahwin tetapi tidak mahu berjauhan dengan ibu bapa mereka. Mereka boleh tinggal di bangunan yang sama tetapi terbahagi.

Dari sudut keselamatan pula, kebanyakan rumah ini adalah berpagar dan berpengawal 24 jam. Ada juga yang disertakan sekali dengan kad akses untuk memudahkan akses kebenaran masuk dan keluar daripada kawasan rumah.

Seperti biasa, kemudahan-kemudahan ini bergantung kepada harga dan kawasan rumah tersebut. Sekiranya harga rumah lebih tinggi, maka lebih banyak kemudahan yang diberikan.